Tuesday 4 June 2013

Pedangku Adalah Lidah

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga update blog nie selepas berakhirnya semester kedua sebagai student arkhitekture. Sememangnya pelbagai peristiwa yang telah dilalui sepanjang semester ni. Ada yang manis mahupun ada juga yang begitu pahit untuk ditelan. Tetapi yang berlalu biarkan dia pergi. Episod lalu biarkan saja ditampal di muka-muka surat album kehidupan. Di depan, banyak lagi yang harus kita hadapi. Tetapi, di sebalik peristiwa-peristiwa tersebut, ada satu yang harus aku ambil pengajaran. Pedangku adalah lidah.

Segala yang terungkap di bibir sering kali akan mempengaruhi hidup kita. Kadang-kadang ada yang memberi manfaat kepada rakan-rakan sekeliling tidak kurang juga mampu untuk menghiris hati ihsan. Oleh itu, kita harus berfikir sebelum mengatakan sesuatu. Hati orang lain-lain. Intrepetasi orang sekeliling berbeza terhadap ucapan kita. Ada yang dapat menerima secara positif dan juga sebaliknya. Aku sendiri sering tersasur dalam melemparkan lisanku. Aku terfikir, adakah lisanku ini memberi manfaat atau menyakitkan.Kekuatan terbesar dari kata-kata adalah kata-kata yang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Subhanallah, besarnya power kata-kata.

Allah menjelaskan di dalam Quran surah Al-Fussilat ayat 33 yang bermaksud, "Siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata, 'Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri ."

Kata-kata yang kita ucap merupakan cerminan peribadi. Perkataan yang baik membuktikan keislaman kita. Oleh itu, haruslah kita memastikan segala ucapan kita benar belaka. Jika kita tidak yakin akan percakapan kita, lebih baik kita berdiam diri. Sebagai contoh, penghinaa kita terhadap orang lain sebenarnya menunjukkan kehinaan terhdapa diri sendiri jika dibandingkan dengan kehinaan individu yang kita hina. Jadi, adakah baik untuk kita menghina sedangkan kita diberi pilihan untuk hanya berdiam diri?

Wahai sahabat-sahabat sekalian, imanku hanya senipis kulit bawang, mampu senang ditembusi dan dibawa pergi dek pawana senja. Ingatlah aku jika tersasur bicara, bukan dicana seluruh atmosphera dan jangan pula di tambah perisa. Pembohongan yang berlaku adalah kerana orang yang membuat pembohongan itu tidak berasaskan segala percakapan didengari oleh Allah. Kita tidah perlu pada kata-kata yang puitis, tetapi kata-kata yang mampu dipertanggunjawabkan di layar agung di depan Allah dan para manusia. Tepuk dahi tanya minda, tepuk dada tanya iman.

1 comment:

  1. lidah tidak bertulang..nice share..
    moh la bace di http://ehyeke.my/

    ReplyDelete