Friday 15 March 2013

CERITA SI PENGONCANG DUNIA



Tak kala di hujung petang, mentari mula melabuhkan tirai. Di ufuk barat, simbahan oren kemerah-merahan menghiasa langit. Cahaya sang mentari memancar merentasi tingkap mahallah Ali. Lantas, tanpa ku sedari, suara ibu seakan terngiang-ngiang di telinga.  Wajah ibu mula terukir di minda, jiwaku melayang  ke kampung halaman. Peristiwa bersama ibu mula tertayang di skrin lamunan. Tanpa di sangkal kisah bersama ibu tak dapat ditandingi walaupun dek filem-filem box office.

Dulunya, riba ibu pernah menjadi bantalku. Tika aku jatuh tersungkur, ibu tenangkan dengan usapan tangannya yg lembut. TAPI,urat-urat di tangan ibu menunjukkan masa yg begitu kejam berlari. Pesan ibu menjadi penghias di kulit diari hidupku.

Ibuku pernah berpesan, hidup nie banyak dugaan. Kena banyak bersabar walaupun kadang-kadang kita sendiri lemah untuk hadapinya. Ibuku persan berpesan, jangan tinggalkan solat, jangan berhenti berdoa, jangan lupa diri. Ibuku pernah berpesan, jangan sesekali angkuh, kerana kejayaan itu pinjaman dari si Pencipta. Ibuku pernah berpesan, doakan kesihatan untuknya, doakan semoga umurnya panjang agar dia boleh melihat kejayaan yg mungkin aku kecapi.

Getar jiwaku, sebak dadaku bila teringat pesan ibu. Tak kala anaknya sering kali leka dengan kehidupan dunia, ibu tak berhenti berpesan. Segala masalah dulunya di kongsi bersama, tapi sekarang biarlah aku dengan-Nya sahaja yg tahu. Aku tidak mahu untuk menyusahkan fikiran ibu dengan masalah ku, sebab aku tahu ibuku masih banyak masalah yang belum pernah habis. Apa yang ditakuti kesihatan ibuku. Kesihatan ibuku yg seumpama barah di mindaku. Parasit yg menghisap segala nutrisi ketenangan aku.

Masa depan jika tanpa bersama ibu menjadi dilema. Bagaimanakah album hidupku tanpa ibu. Hilangnya satu rahmat si anak jika tiadanya insan mulia bergelar ibu. Seringkali aku lebih rela jika aku yang pergi dulu sebelum ibu. Biarlah pesan ibu menjadi tirai penutup untuk aku dari aku yang merindui pesan ibu. Tapi, siapakah diriku untuk mengatur kehidupan?


No comments:

Post a Comment