Tuesday 4 June 2013

Pedangku Adalah Lidah

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga update blog nie selepas berakhirnya semester kedua sebagai student arkhitekture. Sememangnya pelbagai peristiwa yang telah dilalui sepanjang semester ni. Ada yang manis mahupun ada juga yang begitu pahit untuk ditelan. Tetapi yang berlalu biarkan dia pergi. Episod lalu biarkan saja ditampal di muka-muka surat album kehidupan. Di depan, banyak lagi yang harus kita hadapi. Tetapi, di sebalik peristiwa-peristiwa tersebut, ada satu yang harus aku ambil pengajaran. Pedangku adalah lidah.

Segala yang terungkap di bibir sering kali akan mempengaruhi hidup kita. Kadang-kadang ada yang memberi manfaat kepada rakan-rakan sekeliling tidak kurang juga mampu untuk menghiris hati ihsan. Oleh itu, kita harus berfikir sebelum mengatakan sesuatu. Hati orang lain-lain. Intrepetasi orang sekeliling berbeza terhadap ucapan kita. Ada yang dapat menerima secara positif dan juga sebaliknya. Aku sendiri sering tersasur dalam melemparkan lisanku. Aku terfikir, adakah lisanku ini memberi manfaat atau menyakitkan.Kekuatan terbesar dari kata-kata adalah kata-kata yang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Subhanallah, besarnya power kata-kata.

Allah menjelaskan di dalam Quran surah Al-Fussilat ayat 33 yang bermaksud, "Siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata, 'Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri ."

Kata-kata yang kita ucap merupakan cerminan peribadi. Perkataan yang baik membuktikan keislaman kita. Oleh itu, haruslah kita memastikan segala ucapan kita benar belaka. Jika kita tidak yakin akan percakapan kita, lebih baik kita berdiam diri. Sebagai contoh, penghinaa kita terhadap orang lain sebenarnya menunjukkan kehinaan terhdapa diri sendiri jika dibandingkan dengan kehinaan individu yang kita hina. Jadi, adakah baik untuk kita menghina sedangkan kita diberi pilihan untuk hanya berdiam diri?

Wahai sahabat-sahabat sekalian, imanku hanya senipis kulit bawang, mampu senang ditembusi dan dibawa pergi dek pawana senja. Ingatlah aku jika tersasur bicara, bukan dicana seluruh atmosphera dan jangan pula di tambah perisa. Pembohongan yang berlaku adalah kerana orang yang membuat pembohongan itu tidak berasaskan segala percakapan didengari oleh Allah. Kita tidah perlu pada kata-kata yang puitis, tetapi kata-kata yang mampu dipertanggunjawabkan di layar agung di depan Allah dan para manusia. Tepuk dahi tanya minda, tepuk dada tanya iman.

Friday 15 March 2013

CERITA SI PENGONCANG DUNIA



Tak kala di hujung petang, mentari mula melabuhkan tirai. Di ufuk barat, simbahan oren kemerah-merahan menghiasa langit. Cahaya sang mentari memancar merentasi tingkap mahallah Ali. Lantas, tanpa ku sedari, suara ibu seakan terngiang-ngiang di telinga.  Wajah ibu mula terukir di minda, jiwaku melayang  ke kampung halaman. Peristiwa bersama ibu mula tertayang di skrin lamunan. Tanpa di sangkal kisah bersama ibu tak dapat ditandingi walaupun dek filem-filem box office.

Dulunya, riba ibu pernah menjadi bantalku. Tika aku jatuh tersungkur, ibu tenangkan dengan usapan tangannya yg lembut. TAPI,urat-urat di tangan ibu menunjukkan masa yg begitu kejam berlari. Pesan ibu menjadi penghias di kulit diari hidupku.

Ibuku pernah berpesan, hidup nie banyak dugaan. Kena banyak bersabar walaupun kadang-kadang kita sendiri lemah untuk hadapinya. Ibuku persan berpesan, jangan tinggalkan solat, jangan berhenti berdoa, jangan lupa diri. Ibuku pernah berpesan, jangan sesekali angkuh, kerana kejayaan itu pinjaman dari si Pencipta. Ibuku pernah berpesan, doakan kesihatan untuknya, doakan semoga umurnya panjang agar dia boleh melihat kejayaan yg mungkin aku kecapi.

Getar jiwaku, sebak dadaku bila teringat pesan ibu. Tak kala anaknya sering kali leka dengan kehidupan dunia, ibu tak berhenti berpesan. Segala masalah dulunya di kongsi bersama, tapi sekarang biarlah aku dengan-Nya sahaja yg tahu. Aku tidak mahu untuk menyusahkan fikiran ibu dengan masalah ku, sebab aku tahu ibuku masih banyak masalah yang belum pernah habis. Apa yang ditakuti kesihatan ibuku. Kesihatan ibuku yg seumpama barah di mindaku. Parasit yg menghisap segala nutrisi ketenangan aku.

Masa depan jika tanpa bersama ibu menjadi dilema. Bagaimanakah album hidupku tanpa ibu. Hilangnya satu rahmat si anak jika tiadanya insan mulia bergelar ibu. Seringkali aku lebih rela jika aku yang pergi dulu sebelum ibu. Biarlah pesan ibu menjadi tirai penutup untuk aku dari aku yang merindui pesan ibu. Tapi, siapakah diriku untuk mengatur kehidupan?


Saturday 14 July 2012

WATAK UTAMA


Hidup di dunia nie ibarat satu pementasan. Kita merangkak dari satu plot cerita ke satu plot yg lain. Bermula dari tangisan kelahiran kita dan berakhirnya di tangisan pemergian  menghadap Pencipta.. Terdapatnya watak utama, watak sampingan mahupun watak pembantu. Penerbitnya Allah yg menetapkan segala peraturan dan  apa yg Dia mahukan dari kita sebagai hamba-Nya yg kerdil. Pengarahnya pula para rasul, nabi-nabi serta alim ulama .




Siapa kita di dalam pementasan ini? Semestinya WATAK UTAMA! Kita yg membawa pementasan ini ke klimaks cerita mengikut skrip cerita . Orang lain cuma watak sampingan yg menghiasai babak2 kehidupan kita. Oleh itu, jgn mudah mengikut arahan orang kelak kalau alami episod hitam siapa yg merana? Apa yg baik boleh kita jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan. Kita telah disediakan dengan satu skrip yg cukup sempurna yakni Al-Quran dan As-Sunnah. Kita dianugerahi akal yg amat berguna. Mengapa tidak gunakannya? Coraklah lukisan kehidupan di arena pementasan ini dengan nilai-nilai yg murni bukan dari nafsu watak antagonis..



Jadikan rakaman hidup kita sebagai satu tontonan yg indah di dunia selepas ini. Bukan suatu yg dimalukan kerana kita Arkitek bagi kehidupan kita.

Friday 13 July 2012

KITA DILAHIRKAN SEBAGAI JUARA..


"Ma, Adik(panggilanku semasa kecil) nak adik!", rayu aku kepada mak supaya dapat memberikan aku seorang adik. Mungkin masih mentah bagi seorang budak 4 tahun untuk mengetahu perkara sebenar tentang proses kewujudan manusia.Sambil tersenyum mak aku menjawab, " Minta dgn Abah ". Aku hairan kenapa perlu minta dgn ayah aku sedangkan mak yg mengandung bukan ayah. Kalau ayah mengandung, 9 tahun pun aku xdapat adik.Pukul 4 ptg, ayahku pulang, aku segera mendapatkan ayahku dan meminta seorang adik. Ayahku tergelak, lantas memberitahuku yg mak sudah berumur. xlarat nak mengandung lagi. Aku menarik muka panjang.

Mungkin ini merupakan punca utama aku tergelak sorang-sorang semasa kelas Sains Tingkatan 3. Bab 4, Reproduction. Ya Allah, bodohnya aku. Tetapi,ilmu itu telah membuka mata aku tentang kejadian manusia yg begitu rumit tetapi amat mengagumkan. Memang terbukti dalam Al-Quran kita merupakan makhluk yg complex. Dari setitis air yg hina, tercipta seorang JUARA!! " AKU SEBENARNYA JUARA!!" Memang kita juara sebenarnya, bukan sesorang yg kalah. Sejak dari awal lagi kita juara. Cuba kawan-kawan bayangkan dari berjuta-juta sperma, hanya kita yg kuat untuk menembusi lapisan ovum, bukan sperma lain! Jadi, adakah kita kalah. xkan!!
Jika pernah sesekali kita alami kegagalan, duduk la seketika. Renung diri kita dalam-dalam. Banyaknya berzikir. Agar diri kita tenang. Aku pun pernah alami kegagalan. Tapi, Alhamdulillah aku berjaya bangkit. Mungkin haluan kita berbeza dari seseorang yg lebih bertuah dari kita. Kita lalui jalan yg sedikit berliku. Tapi, tidak mengapa. Liku-liku menjadikan kita matang, bukan bertambah susah. Bersyukurla dengan kelahiran kita, jangan merungut. Kejayaan xkan datang bergolek , tetapi harus disusuli dengan Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakal.
Jadi bentukkan masa depan kita sebagai juara sejati tanpa penindasan. Niat x halalkan cara. Ingat, kita arkitek untuk masa depan kita. Bukan parents kita! Bukan adik-beradik, rakan2 malah Kak Limah! Masa depan kita tanggunjawab kita, sama-sama la kita menjaganya..(mcm iklan TV1 plak).haha

PERJALANAN KE SATU KEJAYAAN..

Hidup ini satu perjalanan. Kita x boleh berhenti dari meneruskan langkah. Walaupun susah dan hebat rintangan yg melanda, kita harus kuat. Segala cabaran dianggap sebagai catalyst semangat, segala kegagalan dijadikan guru. Usah kita berhenti berjuang kerana peperangan di masa hadapan akan bertambah hebat. Jangan takut dengan jalan berliku, kerana itu yg mematangkan kita. Lalui lah jalan tersebut dgn semangat yg membara. Bukan seperti hamba yg dikerah tanpa tujuan!! Kita umat yg bertamadun, putus asa jgn dijadikan hero dalam album hidup kita, tetapi jadikan ia sebagai antagonist yg harus disingkirkan. Kita arkitek untuk hidup kita. Jadikan bangunan hidup kita satu monumen yg indah, bukan dijadikan sampah. Biar kejayaan yg kita cipta berguna utk masyarakat, bukan hanya model utk dimegah-megahkan. Kerana kejayaan merupakan satu perjalanan yang panjang. Bukan satu titik penamat .